Assalamualaikum..
Cara dan code untuk buat scroll pada sidebar widget...
Tujuannya adalah untuk memendekkan mana-mana text atau bloglist yang panjang, yang diletakkan pada sidebar.. Terlebih dahulu, kena letak nama atau title untuk setiap widget supaya memudahkan untuk mencari jika ada perubahan yang hendak dibuat seperti Label, Komen, Bloglist dan sebagainya. Seperti biasa, kena backup dulu templates sebagai langkah berjaga-jaga.
Contoh lain scroll widget boleh tengok kat sini iaitu kat sebelah kanan...
Caranya adalah:
Masuk ke DESIGN > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Tekan Ctrl + F serentak > Cari label yang hendak dibuat scroll ke atasnya. Jika nak buat scroll pada Komen, taipkan Komen kat tetingkap yang keluar di sebelah atas kanan pc korang tu. Bila bahagian Komen tu dah jumpa kat templates, cari pula code kat bawah ni...
<div class='widget-content'>
Bila dah jumpa, delete code tadi dan gantikan dengan code di bawah ni...
<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:300px;'>
Tekan PREVIEW dulu. Jika takde ERROR yang keluar dan dah nampak scroll tu, baru tekan SAVE..
**height tu boleh diubah mengikut kesesuaian.. Kandungan ayat jangan terlalu pendek sebab nanti scroll tu tak menjadi..
No comments:
Post a Comment